Rabu, 6 Mac 2019

AMANITA



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagaiAMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat.  Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” bermatlamat menjadikan golongan suri rumahtangga sebagai rakan polis menerusi “Engage Housewives in Neighbourhood Safety” dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka. 
Seorang pegawai kanan polis wanita berpangkat Inspektor dilantik sebagai“Peace Lady” di setiap daerah seluruh negara bagi menggerak dan menyelaraskan penglibatan wanita/suri rumahtangga dalam program keselamatan ini. 

“Peace Lady” (AMANITAmerupakan pendekatan terbaik dalam memperoleh maklumat jenayah yang tidak dilapor dan akan menghubungkan polis wanita dengan persatuan penduduk terutama suri rumah.  Dengan adanya hubungan erat dan aktif antara “Peace Lady” (AMANITAdengan masyarakat, ia mampu mengurangkan tahap kebimbangan terhadap jenayah dan pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat terhadap kualiti pasukan PDRM. 
Perlaksanaan program ini diharap dapat mengubah persepsi dan memenangi hati masyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat.  Secara tidak langsung, kaedah yang dilakukan ini menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalampelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan.  Seramai 167 pegawai kanan wanita dikenal pasti dan telah dilantik sebagai “Peace Lady” (AMANITA). 
“Peace Lady” (AMANITA) secara umumnya menjadi perantara bagi mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada golongan suri rumah.  Maklumat terkumpul kemudiannya disalurkan kepada jabatan atau unit berkaitan di balai polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.   “Peace Lady” (AMANITA) juga akan menggerakkan ahlinya menemui komuniti di setiap kampung / taman perumahan untuk mendampingi dan beramah mesra dengan masyarakat khususnya suri rumah.  Melalui pertemuan seperti ini, komunikasi dua hala boleh berlaku di mana “Peace Lady” (AMANITA) yang bertanggungjawab menyampaikan dan menjelaskan berkaitan aspek-aspek keselamatan kepada golongan sasaran pada masa yang sama menerima maklumat yang disalurkan oleh golongan suri rumah tersebut.  Ini adalah kerana kebanyakan kes jenayah yang menjadi bualan suri rumah menerusi ''mesyuarat tingkap'' mereka, tidak dilaporkan kerana mereka tidak mahu mencampuri dan merosakkan hubungan sesama jiran terutamanya jika sesuatu perkara itu melibatkan anak di kawasan kejiranan mereka. Masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang, sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan. Dalam konteks ini, kerjasama dan peranan masyarakat bersama PDRM akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing. 
Golongan ibu dan suri rumah yang kebiasaannya menghabiskan waktu seharian mereka di rumah merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu memberi maklumat aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan perumahan mereka atau kawasan berdekatan.  Ia merupakan satu inisiatif berkesan menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan jenayah.  Selama ini wanita memainkan peranan penting dalam rumahtangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan. Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara melalui inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety”.  
Melalui inisiatif ini ianya diharap akan menghasilkan seorang suri rumahtangga yang berkemampuan untuk:- 
Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.
Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlakuMenjaga keselamatan harta jiran sekitar kediamanBekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

*PERJUMPAAN DAN MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA YDH T/KPD SUBANG JAYA*

Tarikh   : 01/04/2019 (ISNIN) Masa    : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...