Sayap Penerjunan, satu kemegahan unit elit PDRM Ulu KInta, Ipoh - 26 Jun 2011 Mendapatkan sayap penerjunan adalah sesuatu yang dianggap sebagai kemestian oleh kebanyakan anggota pasukan khas, terutamanya anggota-anggota unit elit seperti 69 Komando dan Unit Tindakan Khas PDRM. Anggota yang memiliki kemahiran payung terjun adalah anggota yang menerima latihan khas, menggunakan payung terjun bagi memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan. Bertempat di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta pada pagi ini, CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Payung Terjun Unit Tindakan Khas Siri 1/2011 dan Kursus Asas Para Bebas 69 Komando Siri 2/2011. Seramai 7 pegawai dan 23 anggota, di mana 5 daripada mereka adalah wanita, telah berjaya menamatkan latihan yang telah dijalankan selama sebulan, mulai 22 November sehingga 22 Disember 201. Kursus yang dijalankan, merangkumi latihan selama 3 minggu di Markas Briged Utara dan 1 minggu penerjunan di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, Perak. Sementara itu, Kursus Para Bebas yang bermula pada 4 Jun sehingga 26 Jun 2011 di lokasi yang sama, telah dihadiri oleh 3 pegawai dan 2 anggota dari 69 Komando. Majlis pada hari ini memang tepat pada waktunya, kerana ia adalah bukti kesungguhan PDRM untuk melonjakkan lagi keupayaan dan meningkatkan kecekapan entiti dalam Pasukan Gerakan Khas (PGK), sebagai satu-satunya pasukan khusus bukan tentera di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Multi Spectrum Special Operations Force yang unggul. "Ilmu pengetahuan yang ditenun dengan kemahiran, tidak akan memberi makna kepada sesiapa sekiranya setiap pegawai dan anggota PGK tidak menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut dengan cara yang bijaksana", ucap YDH Pengarah Jabatan KDN/KA. Beliau juga berkata, mempunyai pengetahuan yang banyak tetapi jika tindak tanduk tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan, maka usaha itu mungkin tidak memberi manfaat kepada PDRM. Sempena majlis ini juga, seramai 7 orang Pegawai Kanan dari Jabatan KDN/KA telah menerima Sayap Penerjun Kehormat, di mana secara simboliknya sayap ini dibawa turun oleh 10 orang penerjun para bebas dari 69 Komando. Dengan ruang yang ada ini juga, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyematkan pangkat kepada 2 orang Pegawai Kanan dari Pasukan Gerakan Khas yang di naikkan pangkat baru-baru ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
*PERJUMPAAN DAN MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA YDH T/KPD SUBANG JAYA*
Tarikh : 01/04/2019 (ISNIN) Masa : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...
-
Sayap Penerjunan, satu kemegahan unit elit PDRM Ulu KInta, Ipoh - 26 Jun 2011 Mendapatkan sayap penerjunan adalah sesuatu yang dianggap ...
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagai AMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegia...
-
Tarikh : 01/04/2019 (ISNIN) Masa : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan