Khamis, 28 Mac 2019

Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Bersama Membanteras Jenayah melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP)


Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'.

  • Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
  • Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.
  • Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

CARA-CARA MENGGUNAKAN VSP





Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.

Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!

Rabu, 27 Mac 2019

424 masjid di Selangor terbabit program 1 Masjid 1 Polis

SHAH ALAM: Kariah masjid di seluruh Selangor diharap dapat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras jenayah terutama di sekitar masjid, melalui program 1Masjid 1Polis yang dilancarkan hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata ia berikutan pihak berkuasa melihat ketika ini, kawasan masjid menjadi tumpuan perlakuan jenayah terutama kes kecurian ketika jemaah sedang solat termasuk kejadian curi beg dan sebagainya.
Justeru, katanya, melalui program berkenaan, pihaknya berharap kariah masjid akan tampil bekerjasama dengan polis untuk menangani masalah berkaitan jenayah di masjid.
“Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada JAIS kerana beri sokongan padu kepada kami untuk menjayakan program ini.
“Di masa hadapan, kita akan lihat mana-mana kesesuaian yang kita boleh bekerjasama dengan pihak masjid untuk kita baik pulih program ini supaya lebih berkesan untuk kita banteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan masjid.
“Program ini membabitkan masjid yang berdaftar dengan JAIS. Surau kecil tidak termasuk tetapi kita turut lakukan lawatan bagi menghindari potensi jenayah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1Masjid 1Polis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Yang turut hadir Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.
Noor Azam berkata selain mempunyai pegawai perhubungan masjid, peti maklumat polis serta papan tanda yang memaparkan kadar jenayah yang berlaku di Selangor dan kawasan masjid itu juga akan diletakkan di setiap masjid terbabit.
Katanya, pegawai perhubungan masjid mempunyai tanggungjawab hampir sama dengan pegawai perhubungan sekolah dan mereka akan bekerjasama dengan AJK masjid untuk mengatasi masalah berkaitan jenayah.
“Kalau mereka ada maklumat mengenai jenayah di sekitar masjid, mereka boleh salurkan kepada pegawai perhubungan masjid ini. Selain itu, kita juga kerapkan rondaan di kawasan masjid dan rumah ibadat lain.
“Rondaan akan dibuat secara berkala dan berdasarkan kepada jadual. Ia bukan saja dilakukan di kawasan masjid saja tetapi di surau, kuil dan gereja,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 89 kes kecurian di masjid di Selangor dilaporkan dengan 17 kes setakat Mac saja.
Sementara itu, Haris berkata pihaknya berterima kasih kepada PDRM kerana memberi kerjasama baik dalam usaha JAIS untuk memasyarakatkan institusi masjid.
“Dengan adanya program ini, kita mahu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aspek keselamatan tidak terabai di masjid dan mereka boleh beribadat dalam keadaan yang selamat lagi selesa.
“Itu sebenarnya yang ingin kita sampaikan. Dengan adanya pegawai perhubungan masjid ini, ia memudahkan tugas kita, pegawai masjid untuk menyampaikan maklumat berkenaan aspek keselamatan.
“Memang ada laporan berkaitan jenayah yang kecil yang berlaku, belum lagi membabitkan kejadian besar tetapi Alhamdulillah, saya rasa keselamatan masjid ini agak terkawal dengan adanya kerjasama sebegini.

Selasa, 26 Mac 2019

Sayap Penerjunan, Satu Kemegahan Unit Elit PDRM



Sayap Penerjunan, satu kemegahan unit elit PDRM Ulu KInta, Ipoh - 26 Jun 2011 Mendapatkan sayap penerjunan adalah sesuatu yang dianggap sebagai kemestian oleh kebanyakan anggota pasukan khas, terutamanya anggota-anggota unit elit seperti 69 Komando dan Unit Tindakan Khas PDRM. Anggota yang memiliki kemahiran payung terjun adalah anggota yang menerima latihan khas, menggunakan payung terjun bagi memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan. Bertempat di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta pada pagi ini, CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Payung Terjun Unit Tindakan Khas Siri 1/2011 dan Kursus Asas Para Bebas 69 Komando Siri 2/2011. Seramai 7 pegawai dan 23 anggota, di mana 5 daripada mereka adalah wanita, telah berjaya menamatkan latihan yang telah dijalankan selama sebulan, mulai 22 November sehingga 22 Disember 201. Kursus yang dijalankan, merangkumi latihan selama 3 minggu di Markas Briged Utara dan 1 minggu penerjunan di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, Perak. Sementara itu, Kursus Para Bebas yang bermula pada 4 Jun sehingga 26 Jun 2011 di lokasi yang sama, telah dihadiri oleh 3 pegawai dan 2 anggota dari 69 Komando. Majlis pada hari ini memang tepat pada waktunya, kerana ia adalah bukti kesungguhan PDRM untuk melonjakkan lagi keupayaan dan meningkatkan kecekapan entiti dalam Pasukan Gerakan Khas (PGK), sebagai satu-satunya pasukan khusus bukan tentera di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Multi Spectrum Special Operations Force yang unggul. "Ilmu pengetahuan yang ditenun dengan kemahiran, tidak akan memberi makna kepada sesiapa sekiranya setiap pegawai dan anggota PGK tidak menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut dengan cara yang bijaksana", ucap YDH Pengarah Jabatan KDN/KA. Beliau juga berkata, mempunyai pengetahuan yang banyak tetapi jika tindak tanduk tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan, maka usaha itu mungkin tidak memberi manfaat kepada PDRM. Sempena majlis ini juga, seramai 7 orang Pegawai Kanan dari Jabatan KDN/KA telah menerima Sayap Penerjun Kehormat, di mana secara simboliknya sayap ini dibawa turun oleh 10 orang penerjun para bebas dari 69 Komando. Dengan ruang yang ada ini juga, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyematkan pangkat kepada 2 orang Pegawai Kanan dari Pasukan Gerakan Khas yang di naikkan pangkat baru-baru ini.









Isnin, 25 Mac 2019

SAMBUTAN HARI POLIS KE-212 PERINGKAT IPD SUBANG JAYA

Subang Jaya - 25 Mac 2019 (Isnin) @ 0745Hrs - bertempat diperkarangan IPD Subang Jaya Selangor telah diadakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke 212 tahun 2019. YDH ACP Risikin bin Hj. Satiman, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menyampaikan ucapan amanat Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Ketua Polis Negara dimajlis ini yang memfokuskan fasa-fasa evolusi yang dilalui oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta melaksanakan fungsi sebagai penguatkuasa undang-undang utama dan tertua negara. Ia diterjemahkan dalam bentuk penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti bagi memenuhi aspirasi masyarakat. Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 212 IPD Subang Jaya, Kawalan Kehormatan terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia yang berlangsung pada awal bulan Mac 2019. Turut hadir YDH Supt. Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, T/KPD Subang Jaya, Semua Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan YBhg. Puan Suraiya binti Harun, Pengerusi PERKEP bersama AJK PERKEP IPD Subang Jaya. Dengan kehadiran tetamu jemputan terdiri daripada YDP Majlis Perbandaran Petaling Jaya, YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya, pesara-pesara polis, ahli-ahli Rukun Tetangga, Pasukan sahabat (Bomba, PVR dan polis bantuan dari Sunway group) memeriahkan lagi majlis sambutan peringatan hari polis peringkat IPD Subang Jaya. YDH KPD Subang Jaya telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada PKP/PRP dan PAP yang telah memberi khidmat yang cemerlang. Disamping itu, YDH KPD Subang Jaya telah menyampaikan sijil penghargaan kepada orang awam yang telah menghulurkan khidmat dan tenaga bagi sama berganding bahu mencegah jenayah disekitar Subang Jaya ini. Majlis diakhiri dengan Simbolik Pemotongan Kek Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212. “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” #keepSJsafe















https://www.facebook.com/266444190127909/videos/1122519757853677/

Jumaat, 8 Mac 2019

Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat (KAMMB) BIL 7 SIRI 1/2019


PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR (PULAPOL) - PULAPOL telah menjalankan Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat KAMMB Siri 1/2019 dengan kerjasama Bahagian Latihan Memandu PULAPOL.
Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengendali dan menyelenggara motosikal berkuasa tinggi pasukan.
Semua peserta kursus ini juga di uji kemahiran bertujuan menilai sama ada mereka layak untuk memiliki lesen menunggang motosikal berkuasa tinggi pasukan (B) ataupun tidak.
Peserta kursus terdiri daripada (9) Pegawai Kanan Polis dan (11) Anggota Pangkat Rendah Polis.
Kursus ini berakhir dengan jayanya.

Rabu, 6 Mac 2019

AMANITA



Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagaiAMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat.  Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” bermatlamat menjadikan golongan suri rumahtangga sebagai rakan polis menerusi “Engage Housewives in Neighbourhood Safety” dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka. 
Seorang pegawai kanan polis wanita berpangkat Inspektor dilantik sebagai“Peace Lady” di setiap daerah seluruh negara bagi menggerak dan menyelaraskan penglibatan wanita/suri rumahtangga dalam program keselamatan ini. 

“Peace Lady” (AMANITAmerupakan pendekatan terbaik dalam memperoleh maklumat jenayah yang tidak dilapor dan akan menghubungkan polis wanita dengan persatuan penduduk terutama suri rumah.  Dengan adanya hubungan erat dan aktif antara “Peace Lady” (AMANITAdengan masyarakat, ia mampu mengurangkan tahap kebimbangan terhadap jenayah dan pada masa yang sama mengubah persepsi masyarakat terhadap kualiti pasukan PDRM. 
Perlaksanaan program ini diharap dapat mengubah persepsi dan memenangi hati masyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat.  Secara tidak langsung, kaedah yang dilakukan ini menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalampelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan.  Seramai 167 pegawai kanan wanita dikenal pasti dan telah dilantik sebagai “Peace Lady” (AMANITA). 
“Peace Lady” (AMANITA) secara umumnya menjadi perantara bagi mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada golongan suri rumah.  Maklumat terkumpul kemudiannya disalurkan kepada jabatan atau unit berkaitan di balai polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.   “Peace Lady” (AMANITA) juga akan menggerakkan ahlinya menemui komuniti di setiap kampung / taman perumahan untuk mendampingi dan beramah mesra dengan masyarakat khususnya suri rumah.  Melalui pertemuan seperti ini, komunikasi dua hala boleh berlaku di mana “Peace Lady” (AMANITA) yang bertanggungjawab menyampaikan dan menjelaskan berkaitan aspek-aspek keselamatan kepada golongan sasaran pada masa yang sama menerima maklumat yang disalurkan oleh golongan suri rumah tersebut.  Ini adalah kerana kebanyakan kes jenayah yang menjadi bualan suri rumah menerusi ''mesyuarat tingkap'' mereka, tidak dilaporkan kerana mereka tidak mahu mencampuri dan merosakkan hubungan sesama jiran terutamanya jika sesuatu perkara itu melibatkan anak di kawasan kejiranan mereka. Masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang, sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan. Dalam konteks ini, kerjasama dan peranan masyarakat bersama PDRM akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing. 
Golongan ibu dan suri rumah yang kebiasaannya menghabiskan waktu seharian mereka di rumah merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu memberi maklumat aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan perumahan mereka atau kawasan berdekatan.  Ia merupakan satu inisiatif berkesan menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan jenayah.  Selama ini wanita memainkan peranan penting dalam rumahtangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan. Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara melalui inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety”.  
Melalui inisiatif ini ianya diharap akan menghasilkan seorang suri rumahtangga yang berkemampuan untuk:- 
Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.
Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlakuMenjaga keselamatan harta jiran sekitar kediamanBekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka 

*PERJUMPAAN DAN MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA YDH T/KPD SUBANG JAYA*

Tarikh   : 01/04/2019 (ISNIN) Masa    : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...