We Protect. We Serve. We Care
Isnin, 1 April 2019
*PERJUMPAAN DAN MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA YDH T/KPD SUBANG JAYA*
Tarikh : 01/04/2019 (ISNIN)
Masa : 1400hrs hingga 1700hrs
Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar Sunway, Selangor.
*Kehadiran Pegawai Kanan*:-
1) *SUPT. AMIHIZAM BIN HJ.ABDUL SHUKOR*
(T/KPD SUBANG JAYA)
2) *DSP MOHAMAD NASIR BIN DRAHMAN*
(KBSPT SUBANG JAYA)
8 x Pegawai Kanan
1⃣- Kehadiran Anggota:-
2 x SM
9 x SJN
25 x Anggota
4 x pegawai awam
2⃣Jumlah Kehadiran:-
Pegawai :- 8
Anggota :- 36
Pegawai awam :- 4
Jumlah :- 48
Majlis ini diadakan adalah untuk bersuai kenal bersama Timb KPD yang baru melapor diri ke IPD Subang Jaya dan amanat beliau kpd warga BSPT IPD Subang Jaya.
#TFKSJsafe
PDRM: Get to know who can hold your IC.
Before entering a gated neighbourhood, we would normally need to give our driver’s license or, in some cases, our Identification Card (IC) to the security guard for verification before going in.
However, did you know that unauthorised people are not allowed to hold your IC?
Yep, the Royal Malaysia Police (PDRM, Polis DiRaja Malaysia) shared that holding or keeping someone else’s IC is a punishable offence, according to Regulation 25 of the National Registration Regulations 1990.
Clearing the air once and for all, PDRM shared on their page that there are only FIVE authorised officers who can ask and hold your IC, and they are;
- Police officers. Don’t forget to check their police ID before you give your IC to them.
- JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) officers
- Customs officers
- Any officers/public officers with permission from JPN’s director-general
- Army officers who are on duty
If any unauthorised person is found guilty of holding another person’s IC, they can be jailed for up to three (3) years and/or get fined for not more than RM20,000.
So, if someone asks for your IC the next time, make sure you check if they are authorised to do so because not just any Tom, Dick and Harry can hold/keep your identification card.
Don’t forget to share this article with your friends and family as a reminder!
Khamis, 28 Mac 2019
Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Bersama Membanteras Jenayah melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.
Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.
VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'.
- Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
- Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.
- Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.
CARA-CARA MENGGUNAKAN VSP
Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.
Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!
Rabu, 27 Mac 2019
424 masjid di Selangor terbabit program 1 Masjid 1 Polis
SHAH ALAM: Kariah masjid di seluruh Selangor diharap dapat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras jenayah terutama di sekitar masjid, melalui program 1Masjid 1Polis yang dilancarkan hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata ia berikutan pihak berkuasa melihat ketika ini, kawasan masjid menjadi tumpuan perlakuan jenayah terutama kes kecurian ketika jemaah sedang solat termasuk kejadian curi beg dan sebagainya.
Justeru, katanya, melalui program berkenaan, pihaknya berharap kariah masjid akan tampil bekerjasama dengan polis untuk menangani masalah berkaitan jenayah di masjid.
“Saya mengucap berbanyak terima kasih kepada JAIS kerana beri sokongan padu kepada kami untuk menjayakan program ini.
“Di masa hadapan, kita akan lihat mana-mana kesesuaian yang kita boleh bekerjasama dengan pihak masjid untuk kita baik pulih program ini supaya lebih berkesan untuk kita banteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan masjid.
“Program ini membabitkan masjid yang berdaftar dengan JAIS. Surau kecil tidak termasuk tetapi kita turut lakukan lawatan bagi menghindari potensi jenayah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1Masjid 1Polis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Yang turut hadir Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.
Noor Azam berkata selain mempunyai pegawai perhubungan masjid, peti maklumat polis serta papan tanda yang memaparkan kadar jenayah yang berlaku di Selangor dan kawasan masjid itu juga akan diletakkan di setiap masjid terbabit.
Katanya, pegawai perhubungan masjid mempunyai tanggungjawab hampir sama dengan pegawai perhubungan sekolah dan mereka akan bekerjasama dengan AJK masjid untuk mengatasi masalah berkaitan jenayah.
“Kalau mereka ada maklumat mengenai jenayah di sekitar masjid, mereka boleh salurkan kepada pegawai perhubungan masjid ini. Selain itu, kita juga kerapkan rondaan di kawasan masjid dan rumah ibadat lain.
“Rondaan akan dibuat secara berkala dan berdasarkan kepada jadual. Ia bukan saja dilakukan di kawasan masjid saja tetapi di surau, kuil dan gereja,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 89 kes kecurian di masjid di Selangor dilaporkan dengan 17 kes setakat Mac saja.
Sementara itu, Haris berkata pihaknya berterima kasih kepada PDRM kerana memberi kerjasama baik dalam usaha JAIS untuk memasyarakatkan institusi masjid.
“Dengan adanya program ini, kita mahu memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aspek keselamatan tidak terabai di masjid dan mereka boleh beribadat dalam keadaan yang selamat lagi selesa.
“Itu sebenarnya yang ingin kita sampaikan. Dengan adanya pegawai perhubungan masjid ini, ia memudahkan tugas kita, pegawai masjid untuk menyampaikan maklumat berkenaan aspek keselamatan.
“Memang ada laporan berkaitan jenayah yang kecil yang berlaku, belum lagi membabitkan kejadian besar tetapi Alhamdulillah, saya rasa keselamatan masjid ini agak terkawal dengan adanya kerjasama sebegini.
Saya yakin suatu masa nanti orang nak beribadat dengan senang dan tidak bimbang untuk ke masjid,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/545874/424-masjid-di-selangor-terbabit-program-1-masjid-1-polis?fbclid=IwAR29-L5M77SkJfNDkGnXmWi5r51zcYKFFSYIVjoNGYzTItN86CoEQVb8c3s
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/545874/424-masjid-di-selangor-terbabit-program-1-masjid-1-polis?fbclid=IwAR29-L5M77SkJfNDkGnXmWi5r51zcYKFFSYIVjoNGYzTItN86CoEQVb8c3s
Selasa, 26 Mac 2019
Sayap Penerjunan, Satu Kemegahan Unit Elit PDRM
Sayap Penerjunan, satu kemegahan unit elit PDRM Ulu KInta, Ipoh - 26 Jun 2011 Mendapatkan sayap penerjunan adalah sesuatu yang dianggap sebagai kemestian oleh kebanyakan anggota pasukan khas, terutamanya anggota-anggota unit elit seperti 69 Komando dan Unit Tindakan Khas PDRM. Anggota yang memiliki kemahiran payung terjun adalah anggota yang menerima latihan khas, menggunakan payung terjun bagi memasuki kawasan operasi dengan cara digugurkan dengan payung terjun bagi maksud menawan dan mempertahankan sesuatu kawasan. Bertempat di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta pada pagi ini, CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Asas Payung Terjun Unit Tindakan Khas Siri 1/2011 dan Kursus Asas Para Bebas 69 Komando Siri 2/2011. Seramai 7 pegawai dan 23 anggota, di mana 5 daripada mereka adalah wanita, telah berjaya menamatkan latihan yang telah dijalankan selama sebulan, mulai 22 November sehingga 22 Disember 201. Kursus yang dijalankan, merangkumi latihan selama 3 minggu di Markas Briged Utara dan 1 minggu penerjunan di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, Perak. Sementara itu, Kursus Para Bebas yang bermula pada 4 Jun sehingga 26 Jun 2011 di lokasi yang sama, telah dihadiri oleh 3 pegawai dan 2 anggota dari 69 Komando. Majlis pada hari ini memang tepat pada waktunya, kerana ia adalah bukti kesungguhan PDRM untuk melonjakkan lagi keupayaan dan meningkatkan kecekapan entiti dalam Pasukan Gerakan Khas (PGK), sebagai satu-satunya pasukan khusus bukan tentera di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Multi Spectrum Special Operations Force yang unggul. "Ilmu pengetahuan yang ditenun dengan kemahiran, tidak akan memberi makna kepada sesiapa sekiranya setiap pegawai dan anggota PGK tidak menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut dengan cara yang bijaksana", ucap YDH Pengarah Jabatan KDN/KA. Beliau juga berkata, mempunyai pengetahuan yang banyak tetapi jika tindak tanduk tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan, maka usaha itu mungkin tidak memberi manfaat kepada PDRM. Sempena majlis ini juga, seramai 7 orang Pegawai Kanan dari Jabatan KDN/KA telah menerima Sayap Penerjun Kehormat, di mana secara simboliknya sayap ini dibawa turun oleh 10 orang penerjun para bebas dari 69 Komando. Dengan ruang yang ada ini juga, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA telah menyematkan pangkat kepada 2 orang Pegawai Kanan dari Pasukan Gerakan Khas yang di naikkan pangkat baru-baru ini.
Isnin, 25 Mac 2019
SAMBUTAN HARI POLIS KE-212 PERINGKAT IPD SUBANG JAYA
Subang Jaya - 25 Mac 2019 (Isnin) @ 0745Hrs - bertempat diperkarangan IPD Subang Jaya Selangor telah diadakan Sambutan Peringatan Hari Polis ke 212 tahun 2019. YDH ACP Risikin bin Hj. Satiman, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menyampaikan ucapan amanat Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Ketua Polis Negara dimajlis ini yang memfokuskan fasa-fasa evolusi yang dilalui oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta melaksanakan fungsi sebagai penguatkuasa undang-undang utama dan tertua negara. Ia diterjemahkan dalam bentuk penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti bagi memenuhi aspirasi masyarakat. Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 212 IPD Subang Jaya, Kawalan Kehormatan terdiri daripada Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia yang berlangsung pada awal bulan Mac 2019. Turut hadir YDH Supt. Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, T/KPD Subang Jaya, Semua Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan YBhg. Puan Suraiya binti Harun, Pengerusi PERKEP bersama AJK PERKEP IPD Subang Jaya. Dengan kehadiran tetamu jemputan terdiri daripada YDP Majlis Perbandaran Petaling Jaya, YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya, pesara-pesara polis, ahli-ahli Rukun Tetangga, Pasukan sahabat (Bomba, PVR dan polis bantuan dari Sunway group) memeriahkan lagi majlis sambutan peringatan hari polis peringkat IPD Subang Jaya. YDH KPD Subang Jaya telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada PKP/PRP dan PAP yang telah memberi khidmat yang cemerlang. Disamping itu, YDH KPD Subang Jaya telah menyampaikan sijil penghargaan kepada orang awam yang telah menghulurkan khidmat dan tenaga bagi sama berganding bahu mencegah jenayah disekitar Subang Jaya ini. Majlis diakhiri dengan Simbolik Pemotongan Kek Sempena Peringatan Hari Polis Ke 212. “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” #keepSJsafe
https://www.facebook.com/266444190127909/videos/1122519757853677/
https://www.facebook.com/266444190127909/videos/1122519757853677/
Jumaat, 8 Mac 2019
Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat (KAMMB) BIL 7 SIRI 1/2019
PUSAT LATIHAN POLIS KUALA LUMPUR (PULAPOL) - PULAPOL telah menjalankan Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat KAMMB Siri 1/2019 dengan kerjasama Bahagian Latihan Memandu PULAPOL.
Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengendali dan menyelenggara motosikal berkuasa tinggi pasukan.
Semua peserta kursus ini juga di uji kemahiran bertujuan menilai sama ada mereka layak untuk memiliki lesen menunggang motosikal berkuasa tinggi pasukan (B) ataupun tidak.
Peserta kursus terdiri daripada (9) Pegawai Kanan Polis dan (11) Anggota Pangkat Rendah Polis.
Rabu, 6 Mac 2019
AMANITA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagaiAMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah yang tidak dilapor di kalangan masyarakat. Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah “National Blue Ocean Strategy (NBOS)” bermatlamat menjadikan golongan suri rumahtangga sebagai rakan polis menerusi “Engage Housewives in Neighbourhood Safety” dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka.
Seorang pegawai kanan polis wanita berpangkat Inspektor dilantik sebagai“Peace Lady” di setiap daerah seluruh negara bagi menggerak dan menyelaraskan penglibatan wanita/suri rumahtangga dalam program keselamatan ini.
Perlaksanaan program ini diharap dapat mengubah persepsi dan memenangi hati masyarakat terhadap tahap kebimbangan keselamatan mereka dengan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih erat. Secara tidak langsung, kaedah yang dilakukan ini menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita dalampelbagai sektor di negara ini, termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan. Seramai 167 pegawai kanan wanita dikenal pasti dan telah dilantik sebagai “Peace Lady” (AMANITA).
“Peace Lady” (AMANITA) secara umumnya menjadi perantara bagi mendapatkan sebarang maklumat khususnya yang berunsur jenayah daripada golongan suri rumah. Maklumat terkumpul kemudiannya disalurkan kepada jabatan atau unit berkaitan di balai polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. “Peace Lady” (AMANITA) juga akan menggerakkan ahlinya menemui komuniti di setiap kampung / taman perumahan untuk mendampingi dan beramah mesra dengan masyarakat khususnya suri rumah. Melalui pertemuan seperti ini, komunikasi dua hala boleh berlaku di mana “Peace Lady” (AMANITA) yang bertanggungjawab menyampaikan dan menjelaskan berkaitan aspek-aspek keselamatan kepada golongan sasaran pada masa yang sama menerima maklumat yang disalurkan oleh golongan suri rumah tersebut. Ini adalah kerana kebanyakan kes jenayah yang menjadi bualan suri rumah menerusi ''mesyuarat tingkap'' mereka, tidak dilaporkan kerana mereka tidak mahu mencampuri dan merosakkan hubungan sesama jiran terutamanya jika sesuatu perkara itu melibatkan anak di kawasan kejiranan mereka. Masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang, sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling mereka terutama yang melibatkan keselamatan. Dalam konteks ini, kerjasama dan peranan masyarakat bersama PDRM akan dapat mengurangkan kadar jenayah di kawasan masing-masing.
Golongan ibu dan suri rumah yang kebiasaannya menghabiskan waktu seharian mereka di rumah merupakan golongan yang sesuai menjadi mata dan telinga kepada pihak polis dalam membantu memberi maklumat aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan perumahan mereka atau kawasan berdekatan. Ia merupakan satu inisiatif berkesan menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan jenayah. Selama ini wanita memainkan peranan penting dalam rumahtangga termasuk menjadi penasihat kepada suami sebelum mereka membuat keputusan. Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menjaga ketenteraman dan keamanan negara melalui inisiatif “Engage Housewives in Neighbourhood Safety”.
Melalui inisiatif ini ianya diharap akan menghasilkan seorang suri rumahtangga yang berkemampuan untuk:-
Menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda.
Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlakuMenjaga keselamatan harta jiran sekitar kediamanBekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka
Mengenali dan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan serta kejadian jenayah yang berlakuMenjaga keselamatan harta jiran sekitar kediamanBekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti kegiatan jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka
Khamis, 28 Februari 2019
SEJARAH PENUBUHAN POLIS 1807 - 1957
SEJARAH PENUBUHAN POLIS 1807 - 1957
Sistem kepolisan yang moden dan sistematik di negara ini bermula dengan berkuat kuasanya 'Charter of Justice' di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam yang diperkenalkan oleh King George III itu telah memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa perundangan lalu membawa kepada penubuhan sebuah Pasukan Polis di negeri itu.
Menjelang awal abad keduapuluh kesemua negeri di Tanah Melayu telah mentadbir Pasukan Polis sendiri, masing-masing dengan sejarah, tradisi dan peranan yang berbeza-beza. Hampir kesemua pasukan itu menjalankan fungsi separa tentera.
Perkembangan politik di Tanah Melayu akibat campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah membawa perubahan pada Pasukan Polis. Bermula dengan penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871 dan kemudiannya penubuhan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896, sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali berubah sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbiran di bawah panji-panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963.
Selepas Tanah Melayu bebas daripada pemerintahan Jepun pada 1 April 1946, Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union dengan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur.
Pada 1 Februari 1948, apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan, Polis Malayan Union telah ditukar nama kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pasukan ini telah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis.
Perjuangan dan pengorbanan serta khidmat bakti anggota pasukan polis dalam mempertahankan negara dari ancaman pemberontakan bersenjata pengganas Komunis semasa tahun-tahun Darurat 1948 - 1960 telah membawa kepada penganugerahan gelaran 'DiRaja' kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.
Pada 11 November 1961, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan menganugerahkan Panji-panji DiRaja kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Panji-panji DiRaja yang menjadi kebanggaan dan kemegahan pegawai dan anggota Pasukan Polis ini mengandungi lambang Polis DiRaja Persekutuan Tanah Melayu dan disulam dengan benang perak perkataan 'Darurat 1948 - 1960'.
Apabila negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dalam Malaysia pada 16 September 1963, Pasukan Polis telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.
Pada 24 Julai 1971, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mengurniakan panji-panji kepada Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin. Pada 25 Mac 1976, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Putra telah berkenan menganugerahkan Panji-panji kepada Batalion 17, 18, dan 19 PDRM. Seterusnya sekali lagi DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman menganugerahkan Panji-panji kepada PDRM pada 11 November 1997. Pengurniaan Panj-panji ini menggambarkan penghargaan rakyat dan negara kepada PDRM dan khususnya unit-unit tersebut atas sumbangan dan peranan mereka dalam menjaga keamanan, ketenteraman dan ketahanan nasional daripada sebarang ancaman musuh negara.
PASUKAN POLIS HARI INI
Keamanan yang dicapai kini membolehkan PDRM menumpukan perhatian terhadap masalah-masalah lain yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan negara. Lebih perhatian kini dapat ditumpukan pada usaha membanteras jenayah dan dadah. Disamping itu, PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras aktiviti lanun dan melestarikan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram.
Tanggungjawab yang begitu luas digalas oleh PDRM tidak membuatkan ia terlepas pandang daripada menjalankan tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman negara dan kesejahteraan masyarakat. Suasana harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam menjalankan kehidupan seharian sentiasa menjadi agenda penting dalam perkhidmatan polis. Dalam menjalankan amanah ini, pasukan polis telah memperkukuh hubungan dan kerjasamanya dengan orang ramai di samping menonjolkan imej polis yang mesra dan bertimbang rasa.
Seiring dengan kepesatan pembangunan negara dalam alaf baharu ini, PDRM mempunyai aspirasi dan wawasan bagi menangani pelbagai isu melalui pemodenan jabatan-jabatan dalam PDRM, selain meningkatkan penggunaan teknologi terkini.
Jumaat, 22 Februari 2019
OP DIDIK
Pada 21/02/19 jam l/kurang 0645hrs bertempat di sebuah Sekolah di bawah pentadbiran IPD Subang Jaya, Unit Penguatkuasaan BSPTD Subang Jaya telah menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR) khas untuk mengesan kesalahan ibu bapa dan murid sekolah yang tidak menggunakan topi keledar dan tiada lesen memandu.
Op Didik bertujuan menyedarkan masyarakat terutama para ibu bapa dan murid-murid mesti menunggang m/sikal apabila memiliki lesen B2 dan menggunakan topi keladar termasuk pembonceng setiap hari.
Langgan:
Catatan (Atom)
*PERJUMPAAN DAN MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA YDH T/KPD SUBANG JAYA*
Tarikh : 01/04/2019 (ISNIN) Masa : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...
-
Sayap Penerjunan, satu kemegahan unit elit PDRM Ulu KInta, Ipoh - 26 Jun 2011 Mendapatkan sayap penerjunan adalah sesuatu yang dianggap ...
-
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu unit khas dikenali sebagai AMANITA dalam usaha mendapatkan maklumat berkaitan kegia...
-
Tarikh : 01/04/2019 (ISNIN) Masa : 1400hrs hingga 1700hrs Tempat : Dewan Taklimat Tingkat 8, Sunway Clio Hotel, Bandar ...